Wednesday, 25 June 2014
hari penutup kem...
kami berangkat ke sma maarif untuk meneruskan aktiviti kem ini iatu pertandingan blog tercantik.. Blog siapa yang menang akan di tayangkan di majlis penutup... Pukul 9:30 pagi blog peserta akan dihakimi oleh fasilitator yang cekap.. PAda pukul 10:00 pagi kami akan berhenti dan makan pagi..
lagu sekolah saya
BERSAMA MENCIPTA KEGEMILANGAN....(SMAASZA)
Bersama Mencipta Kegemilangan.
Kita teruskan mengapai impian.
Perkasakan jiwa dan juga rohani.
Berakhlak mulia dan integriti.
Melahirkan warga berilmu.
Jiwa beriman beramal berbakti.
Menjana individu berkebolehan.
Jati diri tinggi dan berwawasan.
Marilah kita bersama Berganding tangan. (
Menuju kecemerlangan. k
Membina masa hadapan. o
Kita tingkatkan usaha. r
Kita menggenggami cita. u
Demi smaasza cemerlang.. s
SMAASZA gemilang . )
SMASSZA terbilang.
ulang korus..
Bersama Mencipta Kegemilangan.
Kita teruskan mengapai impian.
Perkasakan jiwa dan juga rohani.
Berakhlak mulia dan integriti.
Melahirkan warga berilmu.
Jiwa beriman beramal berbakti.
Menjana individu berkebolehan.
Jati diri tinggi dan berwawasan.
Marilah kita bersama Berganding tangan. (
Menuju kecemerlangan. k
Membina masa hadapan. o
Kita tingkatkan usaha. r
Kita menggenggami cita. u
Demi smaasza cemerlang.. s
SMAASZA gemilang . )
SMASSZA terbilang.
ulang korus..
sejarah sma sultan ismail dungun
Sejarah ringkas Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail Dungun
Pada hari Sabtu ,26 April 1958 bersamaan dengan 7 Syawal 1377, maka lahirlah Sekolah ‘Al-arabiah’ di daerah Dungun.Dengan kelahiran sekolah agama baru ini ,maka bererti satu lagi pusat pengajian Islam bertambah di negeri ini .
Sekolah ini di tubuhkan oleh jawatankuasa yang di bentuk di pengerusikan oleh Tuan Pegawai Daerah Dungun pada ketika itu ,iaitu Yang Berbahagia Tuan Bachik bin Abd Jalil , yang kemudiannya bergelar Dato’ Aria Negara .Apabila kita memperkatakan tentang kemajuan sekolah ini ,maka sudah tentu kita tidak dapat melupakan usaha-usaha murni pihak tertentu dalam melaksanakan pembinaan sekolah baru ini .
Pada peringkat awal , sekolah ini hanya mempunyai pelajar seramai 94 orang ( 48 lelaki dan 46 perempuan ) dengan seorang guru merangkap Pengetua sekolah ini , iaitu Ustaz Lop Yusof bin A.Rahman.Pada bulan Julai yang bertarikh 24 haribulan , bersamaan dengan 9 Muharram 13 78 , iaitu setelah 3 bulan sekolah ini menjalankan pentadbirannya ,maka satu upacara pembukaan rasmi sekolah ini telah di sempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Al –Marhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah ,Sultan Terengganu Darul Iman . Sempena nama baginda sendiri ,maka pada detik yang penuh bersejarah itu , sekolah ini telah di perkenalkan secara rasminya dengan nama “ Sekolah Ugama Sultan Ismail Dungun” .
Pembangunan Fizikal
Kerajaan negeri melalui Jabtan Hal Ehwal Agama Terengganu ( JHEAT ) ,Bahagian Pendidikan telah membekalkan ramai guru siswazah dan bukan siswazah , peralatan pejabat dan kelengkapan sekolah semasa ia masih bertaraf sekolah rakyat ,kini Sekolah Menengah Agama Sultan Ismai telah mempunyai beberapa blok bangunan baru tiga tingkat yang mula di gunakan pada tahun 1986 lalu , Dua blok bangunan baru tiga tingkat untuk kegunaan sekolah dan pejabat , dua blok tiga tingkat asrama putera dan puteri , dan satu kantin baru yang amat selesa , satu dewan besar di samping bangunan –bangunan yang sedia ada .
Sebagai sebuah sekolah aliran agama yang tunggal di daerah ini , sambutan orang ramai amat menggalakan .Semenjak sekolah ini mula di buka hingglah sekarang , bilangan pelajarnya sentiasa bertambah .Dan pada masa ini berjumlah 805 lelaki dan pelajar perempuan dengan 66 orang tenaga pengajar yang terdiri daripada pelbagai kategori .
Pembangunan Akademik
Kemasukan pelajar bukan sahaja dari daerah Dungun dan negeri Terengganu ,malahan juga dari daerah lain , pada mulanya sekolah ini menggunakan system pelajaran aliran Arab Ibtida’l dan Thanawi .Tetapi di sebabkan perubahan masa , sehingga sekarang menggunakan Kurikulum Kementerian Pendidikan .Pada tahun 1968 ,bermulalah pengajian Sijil Rendah Pelajaran dengan Sijil Ibtida’l .Sementara pengajian Sijil Pelajaran Malaysia hanya bermula pada tahun 1981 .Walaubagaimanapun ,mata pelajaran Bahasa Arab dan Agama tetap di berikan penekanan sebagai persediaan memasuki aliran Thanawi Di Sekolah Menengah Agama Sultan Zainai Abdin ,Kuala Terengganu .Begitu juga Kolej Agama Sultan Zainal Abidin ,Universiti Islam Antarabangsa (UIA ) ,Universiti –university Timur Tengah serta Maktab Penguruan Islam Bangi
Pelajar –pelajar dari sekolah ini Berjaya dengan cemerlang dalam peperikasaan PMR , dan SPM ,telah berjaya menyambung pelajaran mereka ke Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin ,Kolej Sains Pendidikan Islam Terengganu .KOSPINT serta beberapa buah Sekolah Menengah Agama Berasrama Penuh di seluruh Malaysia .Selain dari itu ,ramai pelajar yang berjaya menyambung pelajaran mereka ke universiti-universiti tempatan dan luar negeri
Dalam bidang ko-kurikulum ,sekolah ini juga tidak ketinggalan berbanding dengan sekolah agama atau sekolah kementerian yang lain .Malah merupakan perintis untuk beberapa kegiatan tertentu .Misalnya ,pembelajaran computer di mana sekolah adalah salah sebuah sekolah percubaan .Buat masa ini makmal computer dapat di jalankan pada setiap petang .Sekolah ini juga merupakan sekolah yang pertama menubuhkan koperasi sekolah yang berdaftar
Dengan memperkenalkan mata pelajaran Kemahiran Hidup ,pelajar –pelajar menengah rendah telah di beri pendedahan awal tentang pertukangan tangan, jahitan serta teori –teori asas kemahiran psicomotor .Adalah di harapkan pendedahan teknologi seperti kemahiran komputer ,pertukangan tangan ,jahitan akademik , dan pengetahuan agama dapat membina pelajar menjadi ihsan yang bertakwa serta berguna kepada agama , bangsa dan Negara Insyallah .
sejarah sekolah saya..
Sejarah SMAASZA

Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin (SMAASZA) merupakan sebuah pusat pengajaran agama yang tertua di negeri Terengganu. Meskipun penubuhannya sudah menjangkau hampir 100 tahun, namun SMAASZA telah berjaya mengekalkan ketrampilannya dengan sumbangan serta jasa bakti kepada masyarakat Islam Terengganu. Pelbagai ranjaudan duri telah dilalaui demi menabur bakti dan kesedaran kepada masyarakat.
Hasilnya, sekolah ini telah melahirkan ramai tokoh-tokoh terbilang negeri, antaranya ialah Yang Amat Berhormat Tan Sri Ibrahim Fikri ( Allahyarham ), Yang Berhormat Dato' Mahmud bin Sulaiman, Dato' Seri Amar Di Raja Tan Haji Wan Mokhtar bin Ahmad, Dato' Dr. Mohamed Yusof bin Haji Mohd Noor dan lain-lain lagi.
ASAL USUL
Mengimbau kembali sejarah penubuhannya, SMAASZA telah melalui beberapa peringkat proses perkembangan. Kelahirannya adalah hasil daripada kesedaran para cendikiawan berpendidikan agama selepas Perang Dunia Kedua berikutan perkembangan pesat sekolah Inggeris dan kemalapan sistem pengajian pondok. Ketidak keseimbangan ini begitu ketara dan membimbangkan sehinggalah pada tahun 1925, suatu inisiatif telah diambil dengan mewujudkan satu kelas pelajaran agama dengan Bahasa Arab sebagai bahasa pengantar. Kelas ini pada mulanya ditumpangkan di Sekolah Melayu Paya Bunga dan kemudiannya dipindahkan ke Sekolah Melayu Bukit Jambul, Kuala Terengganu. Kelas ini dikenali dengan nama Madrasah Arabiyyah.
Pada tahun 1932, sebuah bangunan telah didirikan untuk Madrasah Arabiyyah di Kampung Ladang, Kuala Terengganu hasil dari pungutan derma orang ramai dan bantuan Kerajaan Negeri. Bangunan ini telah dirasmikan pada tahun 1933.
Madrasah ini terus dimajukan dan dipindahkan ke Batu Buruk, Kuala Terengganu pada tahun 1958 dan dikenali dengan nama Sekolah Menengah Agama Atas SultanZainal Abidin ( SMAASZA ).
Pada tahun 1932, sebuah bangunan telah didirikan untuk Madrasah Arabiyyah di Kampung Ladang, Kuala Terengganu hasil dari pungutan derma orang ramai dan bantuan Kerajaan Negeri. Bangunan ini telah dirasmikan pada tahun 1933.
Madrasah ini terus dimajukan dan dipindahkan ke Batu Buruk, Kuala Terengganu pada tahun 1958 dan dikenali dengan nama Sekolah Menengah Agama Atas SultanZainal Abidin ( SMAASZA ).
Berikut adalah ringkasan mengenai sejarah penubuhan SMAASZA.
1. TARIKH DAN TAHUN PENUBUHAN
1925 - Menumpang di Sekolah Melayu Paya Bunga dan kemudian di Sekolah Melayu Bukit Jambul.
1932 – Bangunan baru didirikan di Kampung Ladang, Kuala Terengganu
1933 – Perasmian
1943 – Bangunan tambahan dibina/pembesaran sekolah
1958 – Penubuhan SMAASZA Batu Burok (Pembahagian peringkat persekolahan)
2. PENGASAS / TOKOH PENUBUHAN
Penubuhan sekolah ini adalah di atas inisiatif beberapa orang tokoh/pegawai tinggi Melayu (pendidikan agama)
seperti Datuk Sri Amar Di Raja, Menteri Besar ketika itu, Datuk Bentara Luar, Ketua Pegawai Pelajaran, Datuk
Andika Di Raja dan lain-lain ahli agama ketika itu.
3. TAPAK / LOKASI SEKOLAH
Tapak asal adalah rumah bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Sri Amar di Raja, Kampung Batu Burok, Jalan
Sultan Mahmud, 20400 Kuala Terengganu.

4. BANGUNAN SEKOLAH PERINGKAT AWAL
Pada awal penubuhan, sekolah ini menumpang di Sekolah Melayu Paya Bunga dan kemudiannya berpindah ke- Sekolah Melayu Bukit Jambul, Kuala Terengganu dengan nama “Madrasah Arabiah”
Pada tahun 1932 sebuah bangunan sendiri telah didirikan di Kampung Ladang, Kuala Terengganu.
Pada tahun 1933 (15 Rejab 1353H), majlis perasmian sekolah telah adakan dan perasminya ialah DYMM Sultan
Sulaiman Badrul Alam Shah. Nama sekolah adalah “ Madrasah Al-Sultan Zainal Abidin “
Pada tahun 1943 (zaman pemerintahan Jepun) DYMM Sultan Sulaiman telah menghadiahkan sebuah balai
Istana Maziah untuk menampung pertambahan bilangan pelajar (atas inisiatif Encik Ibrahim Fikri bin Muhammad
Tan Sri Ibrahim Fikri))
Pada tahun 1952 sebuah asrama didirikan untuk tempat tinggal pelajar yang jauh dari Kuala Terengganu.
Bangunan yang didirikan pada tahun 1933 dan 1943 telah dirobohkan dan diganti dengan bangunan baru.
5. PERKEMBANGAN DAN PENUBUHAN SMAASZA
Pada tahun 1958 berlaku perubahan dasar pelajaran sekolah, iaitu dibahagikan kepada dua:-
a. Bahagian Ibtidai (rendah) – pengajian selama 5 tahun
b. Bahagian Thanawi (menengah) – pengajian selama 4 tahun
Pelajar yang menamatkan darjah 6 sekolah kebangsaan akan dimasukkan ke pengajian Ibtidai selama 5 tahun,
setelah lulus akan dianugerahkan Sijil Ibtidai dan ini membolehkan mereka me nyambung pelajaran ke peringkat
Thanawi selama 4 tahun lagi untuk memperoleh Sijil Thanawi (Sijil Thanawi ini diakui setaraf dengan Sijil Thanawi
Azhar, dan pemegangnya boleh menyambung pengajian ke tahun pertama di Universiti Azhar, Mesir)
Pada tahun 1958 ini juga berlaku pemindahan peringkat pembelajaran di mana bahagian Ibtidai kekal di Kampung
Ladang manakala bahagian Thanawi dipindahkan ke sebuah bangunan lama di atas sekeping tanah seluas 8 ekar
di Kampung Batu Burok iaitu bekas rumah Allahyarham Datuk Sri Amar Di raja, bekas Menteri Besar Terengganu
yang sebelum itu dijadikan Rumah Persinggahan.
Sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Ugama (Atas) Sultan Zainal Abidin, Batu Buruk. (Nota:
Pemindahan ini adalah hasil usaha YB Tan Sri Ibrahim Fikri yang ketika itu adalah Timbalan Menteri Besar
Terengganu). Hari ini, sekolah ini lebih dikenali dengan nama Sekolah Menengah Agama(Atas) Sultan Zainal
Abidin atau SMAASZA.
Pada tahun 1962, dua blok bangunan batu dua tingkat telah didirikan, mengandungi 16 buah bilik darjah.
Pada tahun 1965 sebuah dewan yang boleh memuatkan 500 orang pelajar/guru telah didirikan untuk kegunaan
perhimpunan, majlis syarahan dan sebagainya.
Pada tahun 1966 sebuah bangunan batu 3 tingkat telah didirikan sebagai bangunan tambahan. Bangunan ini
Telah dilengkapi dengan makmal sains dan sains rumah tangga serta bilik darjah.
Sebuah bangunan asrama untuk pelajar puteri telah didirikan dan bangunan ini boleh menampung kira-kira 150
orang pelajar.
nama nama sekolah agama yang terlibat dalam kem ini..
- SMA MAHMUDIAH
- SEK MEN AGAMA SETIU
- SEKOLAH MENENGAH AGAMA MARANG
- SEKOLAH MENENGAH AGAMA SULTAN ZAINAL ABIDIN, LADANG
- SMA (ATAS) SULTAN ZAINAL ABIDIN
- SMA KHAIRIAH
- SMA AL FALAH
- SMA MAARIF
- SMA ITTIFAKIAH
- SM AGAMA SULTAN ISMAIL DUNGUN
peserta perempuan dari sekolah saya (SMAASZA)
- Fathatul Munirah Binti Mohd Ramlan. (Kelas 2A2) dikenali sebagai munirah
- Ain Munirah Binti Mohd Zaidi. (Kelas 2A1) dikenali sebagai ain
- Ummu Aqilah Binti Mat Resat.(Kelas 2A1) dikenali sebagai ummu
Hari Kedua Kem Komputer...
Pada pukul 7:30 pagi kami bersiap untuk pergi ke lokasi kem tersebut. Pada jam 7:45 kami ke dewan makan untuk bersarapan dan selepas siap sarapan kami terus pergi ke makmal komputer untuk meneruskan slot yang ketiga.. Dan pada pukul pukul 1:30 petang kami diminta pulang ke pusat penginapan untuk rehat,solat dan makan tengah hari di sana. Dalam pukul 2:30 petang kami pergi semula ke makmal komputer untuk slot seterusnya sampai pukul 4:30 petang... Selepas itu kami pulang dan meneruskan aktiviti riadah,makan petang dan solat. Kem ini di mulakan lagi pada pukul 8:30 malam dan berakhir pada pukul 11:00 malam... Kami balik dan rehat untuk pengakhiran kem ini pada pagi esok .
Kem Komputer..
Kem ini melibatkan 10 buah sekolah agama di Terengganu. Setiap sekolah hendaklah menghantar 6 orang peserta. Jumlah keseluruhan peserta ialah 60 orang. Kem ini diadakan di dalam makmal komputer SMA MAARIF di daerah besut. Pusat penginapan untuk peserta di Kompleks Rakan Muda yang berdekatan dengan SMA MAARIF. Kem ini berlangsung selama 3 hari dan 2 malam.Peserta disuruh membina blog masing-masing dan akan dipertandingkan. Yang terbaik akan ditayangkan pada majilis penutup nanti. Peserta akan di bantu oleh 4 orang fasililator yang hebat.
Hari pertama di Kem Komputer.
Apabila berada di pusat penginapan,kami berehat dan makan tengah hari. Pada pukul 2:30 petang kami pergi ke makmal komputer SMA MAARIF dan memulakan slot yang pertama. Dalam pukul 4:30 petang kami kembali ke pusat penginapan untuk berehat,solat dan aktiviti kendiri. Pada pukul 8:30 malam,kami ke makmal komputer lagi untuk meneruskan slot yang ke~2. Slot kedua berakhir pada jam 11:00 malam. Kami pulang untuk rehat dan menikmati supper.
Subscribe to:
Posts (Atom)